Sunday, April 3, 2011

Membuat Pelan Bilik Darjah


Ulasan:Pelan Bilik Darjah
Berdasarkan gambar rajah yang diberikan, saya telah membuat pelan bilik darjah bagi mengajar subjek Pendidikan Khas. Dalam gambar rajah yang telah diberikan, merujuk kepada Pengurusan Bilik Darjah yang Dinamik, oleh Tuan Haji Samsudin Bin Md Noor, “pengurusan bilik darjah bergantung kepada kebijaksanaan guru memainkan peranan sebaik mungkin bagi menghasilkan bilik darjah harmonis,kondusif dan perlaksanaan yang memberangsangkan serta mencapai objektif.”                                           
Papan putih atau papan hitam diletakkan berhadapan dengan meja murid-murid pendidikan khas. Ini kerana, ia memudahkan lagi guru untuk menerangkan atau mengajar serta memberi maklumat kepada pelajar. Meja murid-murid hendaklah bersesuaian dengan kedudukan murid-murid kerana murid-murid pendidikan khas dapat menyesuaikan diri dengan kedudukan meja murid-murid yang diaturkan oleh guru sendiri.
Sudut token ekonomi diletakkan berhampiran dengan pintu masuk kerana ia mudah dilihat oleh semua pihak yang telah masuk ke dalam kelas. Sudut token ekonomi ini akan memberikan peranan sebagai satu sudut kesedaran bagi murid-murid pendidikan khas. Bagi murid-murid pendidikan khas, mereka pasti akan mengawasi sikap mereka bagi mengelakkan hukuman yang diterima. Bagi murid-murid pendidikan khas yang mempunyai token ekonomi yang banyak mereka akan merima ganjaran dari guru mereka.
Sudut ‘time-out’ diletakkan di sudut kiri belakang kelas. Ini kerana kedudukan itu teal ditetapkan. Kebiasaannya murid yang telah melakukan kesalahan yang sama akan berada dibelakang kelas di mana telah pelbagai hukuman telah dikenakan sudut ‘time-out’adalah tempat untuk mereka (murid-murid pendidikan khas) yang melakukan kesalahan berulang kali. Sudut ini berada dalam keadaan kosong dan tidak mengandungi apa-apa perkataan melainkan sudut yang dibuat khas untuk mereka berdiri sebagai tanda pengajaran.
Bakul sampah diletakkan di belakang kelas. Pada kebiasaannya murid-murid pendidikan khas jarang menggunakan bakul sampah yang disediakan berdasarkan pemerhatian yang saya lihat. Walau bagaimanapun, kekemasan kelas tetap dijaga dengan rapi oleh pembantu kelas pendidikan khas berkenaan.
Meja bulat disediakan untuk murid berehat dan bermain alatan yang akan diberikan oleh guru untuk murid-murid pendidikan khas sambil dipantau oleh pembantu sekolah. Di meja bulat tersebut, pelajar perlu melakukan aktiviti bersama sambil mempelajari ilmu baru.
Tandas lelaki dan perempuan perlu diasingkan kerana kesemua pelajar di sekolah berkenaan beragama Islam dan subjek pelajaran Agama Islam dipelajari di sana. Manakala sudut renungan adalah sudut untuk murid-murid melihat dan menyedari diri sendiri di samping guru membagi peluang untuk mereka.
Pengurusan bilik darjah yang dinamik bergantung kepada kebijaksanaan guru memainkan peranan sebaik mungkin bagi menghasilkan bilik darjah yang hamonis, kondusif dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang memberangsangkan serta mencapai objektif

Saturday, April 2, 2011

PENGENALAN TAMADUN

Pengenalan Tamadun

Istilah ‘tamadun’ yang digunakan oleh Bahasa Melayu ialah perkataan yang berasal daripada perkataan bahasa Arab.Dalam teori antara bahasa, penggunaan istilah ‘tamadun’ oleh bahasa Melayu dikenali sebagai fenomena peminjaman. Peminjaman istilah seumpama ini adalah perkara yang tidak dapat dielakkan lagi, iaitu merujuk kepada faktor kewujudannya di satu pihak yang lain. Daripada sudut morfologi bahasa Melayu, istilah ‘tamadun’ berkemungkinan besar pada peringkat awal penggunaaanya dikekalkan sebutan asalnya dalam bahasa Arab iaitu “tamaddun” yang dikenali sebagai peminjaman bulat-bulat. Akan tetapi pada peringkat selanjutnya berlaku perubahan pada sebutan dengan pengguguran huruf ‘d’ yang kedua.

Daripada sudut semantik atau makna, ‘tamadun’ adalah kata terbitan yang berakar umbi daripada kata kerja ‘maddana’ yang bererti ‘pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal’ dan ‘membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran’.(Ibrahim et al 1960 : 873) Manakala Ibrahim Mustafa et al (1989: 859) dalam Al-Mu’jam al-Wasit memberi erti yang sedikit berbeza iaitu ‘hidup dalam suasana kehidupan orang bandar dan menikmati kehidupan yang maju’. Perkataan ‘tamadun’ melahirkan beberapa perkataan lain yang menjelaskan lagi kandungan maksud yang diungkapkannya. Antara yang dimaksudkan ialah ‘madinah’ (Bandar) dan ‘madani’ (keselesaan hidup & ketinggian budi).Ada kalangan ahli bahasa dan falsafah yang mengaitkan perkataan ‘modern’ dalam bahasa Inggeris dengan perkataan ‘tamadun’. Menurut The Oxford Dictionary (1995), salah satu makna moden ialah ‘baru dan mutakhir’ yakni new and up to date. Berdasarkan perbandingan ini, konsep moden dan modenisasi Barat ada kemungkinan mengambil inspirasi daripada apa yang dimaksudkan oleh ‘tamadun’ menurut perspektif Islam.

Tokoh yang bertanggungjawab memperkenalkan perkataan tamadun ialah JurjiZaidan iaitu seorang sejarawan Arab Kristian pada awal abad ke-19.Beliau menggunakan perkataan tamadun dalam bukunya Tarikh al-Tamaddun al-Islamiy (Sejarah Tamadun Islam), yang diterbitkan antara tahun 1902-1906 (Beg 1985:28).Perkataan ini mendapat sambutan kerana masih mengekalkan konsep madaniyyah yang popular sebelum itu yang menekankan kepada kebudayaan bandar.Ini bermakna dalam kronologi sejarah tamadun bukanlah perkataan tunggal dan perkataan pertama yang diperkenalkan bagi membincangkan konsep pembangunan, kemajuan, dan pencapaian manusia.

Lama sebelum kemajuan ‘tamadun’ ada tiga perkataan lain yang pernah digunakan iaitu madaniyyah, umran, dan badarah. Madaniyyah diperkenalkan oleh Abu Nasir al-farabi pada abad kesebelas dalam kitabnya al-siyasah al-madaniyyah, dipopularkan oleh Muhammad FaridWajdi dan kemudiannya oleh Syeikh Muhammad Abduh serta Syaikh Rashid Rida pada abad kedua puluh.Manakala umran dan badarah pula diperkenalkan oleh Ibnu Khaldun (1332-1406) di dalam MuqaddimahIbnKhaldun pada abad keempat belas