Sunday, April 3, 2011

Membuat Pelan Bilik Darjah


Ulasan:Pelan Bilik Darjah
Berdasarkan gambar rajah yang diberikan, saya telah membuat pelan bilik darjah bagi mengajar subjek Pendidikan Khas. Dalam gambar rajah yang telah diberikan, merujuk kepada Pengurusan Bilik Darjah yang Dinamik, oleh Tuan Haji Samsudin Bin Md Noor, “pengurusan bilik darjah bergantung kepada kebijaksanaan guru memainkan peranan sebaik mungkin bagi menghasilkan bilik darjah harmonis,kondusif dan perlaksanaan yang memberangsangkan serta mencapai objektif.”                                           
Papan putih atau papan hitam diletakkan berhadapan dengan meja murid-murid pendidikan khas. Ini kerana, ia memudahkan lagi guru untuk menerangkan atau mengajar serta memberi maklumat kepada pelajar. Meja murid-murid hendaklah bersesuaian dengan kedudukan murid-murid kerana murid-murid pendidikan khas dapat menyesuaikan diri dengan kedudukan meja murid-murid yang diaturkan oleh guru sendiri.
Sudut token ekonomi diletakkan berhampiran dengan pintu masuk kerana ia mudah dilihat oleh semua pihak yang telah masuk ke dalam kelas. Sudut token ekonomi ini akan memberikan peranan sebagai satu sudut kesedaran bagi murid-murid pendidikan khas. Bagi murid-murid pendidikan khas, mereka pasti akan mengawasi sikap mereka bagi mengelakkan hukuman yang diterima. Bagi murid-murid pendidikan khas yang mempunyai token ekonomi yang banyak mereka akan merima ganjaran dari guru mereka.
Sudut ‘time-out’ diletakkan di sudut kiri belakang kelas. Ini kerana kedudukan itu teal ditetapkan. Kebiasaannya murid yang telah melakukan kesalahan yang sama akan berada dibelakang kelas di mana telah pelbagai hukuman telah dikenakan sudut ‘time-out’adalah tempat untuk mereka (murid-murid pendidikan khas) yang melakukan kesalahan berulang kali. Sudut ini berada dalam keadaan kosong dan tidak mengandungi apa-apa perkataan melainkan sudut yang dibuat khas untuk mereka berdiri sebagai tanda pengajaran.
Bakul sampah diletakkan di belakang kelas. Pada kebiasaannya murid-murid pendidikan khas jarang menggunakan bakul sampah yang disediakan berdasarkan pemerhatian yang saya lihat. Walau bagaimanapun, kekemasan kelas tetap dijaga dengan rapi oleh pembantu kelas pendidikan khas berkenaan.
Meja bulat disediakan untuk murid berehat dan bermain alatan yang akan diberikan oleh guru untuk murid-murid pendidikan khas sambil dipantau oleh pembantu sekolah. Di meja bulat tersebut, pelajar perlu melakukan aktiviti bersama sambil mempelajari ilmu baru.
Tandas lelaki dan perempuan perlu diasingkan kerana kesemua pelajar di sekolah berkenaan beragama Islam dan subjek pelajaran Agama Islam dipelajari di sana. Manakala sudut renungan adalah sudut untuk murid-murid melihat dan menyedari diri sendiri di samping guru membagi peluang untuk mereka.
Pengurusan bilik darjah yang dinamik bergantung kepada kebijaksanaan guru memainkan peranan sebaik mungkin bagi menghasilkan bilik darjah yang hamonis, kondusif dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang memberangsangkan serta mencapai objektif

Saturday, April 2, 2011

PENGENALAN TAMADUN

Pengenalan Tamadun

Istilah ‘tamadun’ yang digunakan oleh Bahasa Melayu ialah perkataan yang berasal daripada perkataan bahasa Arab.Dalam teori antara bahasa, penggunaan istilah ‘tamadun’ oleh bahasa Melayu dikenali sebagai fenomena peminjaman. Peminjaman istilah seumpama ini adalah perkara yang tidak dapat dielakkan lagi, iaitu merujuk kepada faktor kewujudannya di satu pihak yang lain. Daripada sudut morfologi bahasa Melayu, istilah ‘tamadun’ berkemungkinan besar pada peringkat awal penggunaaanya dikekalkan sebutan asalnya dalam bahasa Arab iaitu “tamaddun” yang dikenali sebagai peminjaman bulat-bulat. Akan tetapi pada peringkat selanjutnya berlaku perubahan pada sebutan dengan pengguguran huruf ‘d’ yang kedua.

Daripada sudut semantik atau makna, ‘tamadun’ adalah kata terbitan yang berakar umbi daripada kata kerja ‘maddana’ yang bererti ‘pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal’ dan ‘membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran’.(Ibrahim et al 1960 : 873) Manakala Ibrahim Mustafa et al (1989: 859) dalam Al-Mu’jam al-Wasit memberi erti yang sedikit berbeza iaitu ‘hidup dalam suasana kehidupan orang bandar dan menikmati kehidupan yang maju’. Perkataan ‘tamadun’ melahirkan beberapa perkataan lain yang menjelaskan lagi kandungan maksud yang diungkapkannya. Antara yang dimaksudkan ialah ‘madinah’ (Bandar) dan ‘madani’ (keselesaan hidup & ketinggian budi).Ada kalangan ahli bahasa dan falsafah yang mengaitkan perkataan ‘modern’ dalam bahasa Inggeris dengan perkataan ‘tamadun’. Menurut The Oxford Dictionary (1995), salah satu makna moden ialah ‘baru dan mutakhir’ yakni new and up to date. Berdasarkan perbandingan ini, konsep moden dan modenisasi Barat ada kemungkinan mengambil inspirasi daripada apa yang dimaksudkan oleh ‘tamadun’ menurut perspektif Islam.

Tokoh yang bertanggungjawab memperkenalkan perkataan tamadun ialah JurjiZaidan iaitu seorang sejarawan Arab Kristian pada awal abad ke-19.Beliau menggunakan perkataan tamadun dalam bukunya Tarikh al-Tamaddun al-Islamiy (Sejarah Tamadun Islam), yang diterbitkan antara tahun 1902-1906 (Beg 1985:28).Perkataan ini mendapat sambutan kerana masih mengekalkan konsep madaniyyah yang popular sebelum itu yang menekankan kepada kebudayaan bandar.Ini bermakna dalam kronologi sejarah tamadun bukanlah perkataan tunggal dan perkataan pertama yang diperkenalkan bagi membincangkan konsep pembangunan, kemajuan, dan pencapaian manusia.

Lama sebelum kemajuan ‘tamadun’ ada tiga perkataan lain yang pernah digunakan iaitu madaniyyah, umran, dan badarah. Madaniyyah diperkenalkan oleh Abu Nasir al-farabi pada abad kesebelas dalam kitabnya al-siyasah al-madaniyyah, dipopularkan oleh Muhammad FaridWajdi dan kemudiannya oleh Syeikh Muhammad Abduh serta Syaikh Rashid Rida pada abad kedua puluh.Manakala umran dan badarah pula diperkenalkan oleh Ibnu Khaldun (1332-1406) di dalam MuqaddimahIbnKhaldun pada abad keempat belas

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI POSTUR TUBU


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI POSTUR TUBUH
Pembentukan postur tubuh dapat dipengaruhi oleh beberapa faktor, di antaranya:
Status Kesehatan. Perubahan status keschatan dapat mc;nimbulkan keadaan yang tiidak optimal terdapat organ atau bagian tubuh yang mengalami kelelahan atau kelemahan sehingga dapat memengaruhi pembentukan postur tubuh.
Nutrisi. Nutrisi merupakan bahan untuk menghasilkan yang digunakan dalam membantu proses pengaturan keseimbangan organ, otot, tendon, ligamen dan persendian. Apabila status nutrisi kurang, kebutuhan energi pada organ tersebut akan kurang sehingga dapat proses keseimbangan.
Emosi. Emosi dapat menyebabkan kurangnya kendali dalam menjaga kescimbangan tubuh. Ilal tersebut dapat mcmcngaruhi proses koordinasi pada otot, ligamen, sendi dan tulang.
Gaya Hidup. Perilaku gaya hidup dapat membuat seseorang jadi lebih baik atau bahkan sebaliknya menjadi buruk. Seseorang yang memiliki gaya hidup yang tidak sehat misalnya selalu menggunakan alat bantu dalam melakukan kcgiatan sehari-hari, dapat mengalami ketergantungan sehingga postur tubuh tidak berkcmbang dengan baik.
Perilaku dan Nilai. Adanya perubahan perilaku dan nilai seseorang dapat memengaruhi pembentukan postur tubuh. Sebagai contoh, perilaku dalam membuang sampah di sembarang tempati dapat memengaruhi proses pembcntukan postur tubuh orang lain yang berupaya untuk selalu bersih dari sampah

POSTUR TUBUH (BODY ALIGNMENT)

POSTUR (BODY ALIGNMENT

Postur tubuh merupakan susunan geometris dari bagian-bagian tubuh yang berhubungan dengan bagian tubuh lain. F3agian yang dipelajari dari postur tubuh adalah persendian, tendon, ligamen, dan otot. Apabila keempat bagian tersc:but digunakan dengan benar dan terjadi keseimbangan, maka dapat menjadikan fungsi tubuh maksimal, scperti dalam posisi duduk, berdiri dan berbaring yang benar.

Postur tubuh yang baik dapat meningkatkan fungsi tangan dengan baik, mengurangi jumlah energi yang digunakan, mempertahankan keseimbangan, mengurangi kecelakaan, memperluas ekspansi paru, dan memingkatkan sirkulasi renal dan gastrointestinal. Untuk mendapatkan postur tubuh yang benar, terdapat beberapa prinsip yang perlu diperhatikan, di antaranya:

Keseimbangan dapat dipertahankan jika garis gravitasi (line of gravity -garis imaginer vertikal) mclewati pusat gravitasi (center of gravity-titik yang berada di pertengahan garis tubuh) dan dasar tumpuan (base of support-posisi menyangga atau menopang tubuh).

Jika dasar tumpuan lebih luas dan pusat gravitasi lebih rendah, kestabilan dan keseimbangan akan lebih besar.
Jika gravitasi bc:rada di luar pusat dasar tumpuan, enc:rgi akan lebih banyak digunakan untuk mempertahankan keseimbangan.
Dasar tumpuan yang luas dan bagian-bagian dari postur tubuh yang baik akan menghemat energi dan mencegah kelelahan otot.

Perubahan dalam posisi tubuh membantu mcncegah ketidaknyamanan otot.
Memperkuat otot yang lemah dapat membantu menc;egah kekakuan otot dan ligamen.
Posisi dan aktivitas yang bervariasi dapat membantu mempertahankan otot dan mencegah kelelahan.
Pergantian antara masa aktivitas dan istirahat dapat mencegah kelelahan.
Membagi keseimbangan antara aktivitas pada lengan dan kaki untuk mencegah beban belakang.
Postur yang buruk dalam waktu yang lama dapat menimbulkan rasa nyeri, kelelahan otot, dan kontraktur.

Pengenalan Anatomi Dan Fisiologi

PENGENALAN

Senam aerobik merupakan salah satu cara untuk meningkatkan kecergasan kesihatan. Banyak masyarakat yang memilih senam aerobik sebagai “alternative” pilihan untuk meningkatkan kecergasan dan ia  merupakan prestasi tersendiri. Latihan senam aerobik merupakan latihan yang menggerakkan seluruh bagian tubuh, dengan gerakan yang terus-menerus, berirama, maju dan berkelanjutan. Dalam senam aerobik biasa dipilih gerakan yang mudah, menyenangkan dan bervariasi. Sebelum berlatih senam aerobik kita haruslah atau digalakkan membuat pemeriksaan diri di hospital  agar dapat mengetauhi jika mempuyai masalah kesihatan dalam tubuh yang akan membebankan dan memudaratkan bila melakukan senam aerobik. Oleh karana kemampuan dan komposisi setiap individu yang berbeza maka perlu diperhatikan beberapa hal berikut sebelum melakukan senam aerobik:

1. Tahap kesihatan  jasmani.

2. Umur.          

3. Jenis jantina, meliputi :

a. Daya tahan

b. Kekuatan otot

c. Kecepatan

d. Ketangkasan

e. Masa tindakbalas

4. Status kesihatan.

5. Minat berlatih.

6. Waktu dan Kemudahan.

7. Pemahaman musik.

8. Struktur Konstruks dan Sistem Tubuh Manusia.



Beberapa kategori dalam senam aerobik, antara lain adalah “High Impact”, iaitu latihan dengan memerlukan tenaga yang banyak. Latihan ini memungkinkan seseorang mudah terkena cedera. “Low Impact” atau “Soft Impact”, latihan dengan berbentuk ringan. “Non Impact Aerobics”, dimana latihannya tanpa ada bentuk, gerakannya meliputi uitvaal (memindahkan berat badan), dan navere (gerak nmengiring). Ada beberapa hal yang perlu diperhatikan dalam latihan aerobik yaitu :

1.    Tidak berhenti di tengah-tengah latihan yang sedang berlangsung, karana akan mengalami kerugian, antara lain :

a. Mengganggu siklus krebs.

b. Mengubah set point effect.

2.    Pakailah pakaian khusus untuk senam aerobik, iaitu dengan kasut yang lembut dibagian tumit kaki.

3.    Adapun beberapa hal yang perlu diperhatikan dalam menyusun latihan senam aerobik antara lain :

a.    Prinsip-prinsip latihan harus diperhatikan, antara lain :

                              i.        Jenis, macam latihan harus diseleksi dan diteliti.

                            ii.        Pelaksanaan gerak harus tepat (harus ada koreksi dan remedi).

                           iii.        Dilakukan dengan sikap permulaan dan sikap akhir yang benar.

                           iv.        Semua latihan mempunyai disis yang sesuai dengan tujuannya.

b.    Tahap pelaksanaan latihan sesuai dengan tingkat kesukaran menguasai gerak diurutkan sebagai berikut :

                              i.        Setelah menguasai latihan yang lama, kemudian meningkat ke latihan yang baru.

                            ii.        Latihan dimulai dari yang mudah ke yang sulit.

                           iii.        Latihan dimulai dari yang sederhana ke yang kompleks.

                           iv.        Latihan dimulai dari yang ringan ke yang berat (intensif).

Dalam senam aerobik dibagi dalam fasa-fasa sebagai berikut :

Fasa I Latihan Pemanasan (Warming Up)

Fungsi dari latihan pemanasan :

a. Memastikan tubuh badan bersedia  menghadapi latihan yang lebih intensif.

b. Menjaga tubuh dari kemungkinan cedera yang berbahaya.

c. Menunjang penampilan fisik dan kesemaptaan.



Sifat latihan :

a. Mudah dilakukan.

b. Sederhana/sudah dikenal.

c. Lincah.

d. Menyenangkan dan menggembirakan.

e. Menyeluruh.

f. Musik ringan, maat 2/4 - 4/4 irama tetap.

g. Waktu antara 8-9 menit.



Geraka meliputi :

a. Pelemasan.

b. Pemanasan pada sendi.

c. Stimulan pada paru-paru dan jantung.

d. Peregangan pendek.

Fasa II Aerobik

Pada latihan ini sudah menuju ke puncak latihan (training zone), dimana kerja jantung, paru-paru dan seluruh faal tubuh dan otot diharapkan sudah pada titik optimal, sesuai dengan kemampuan., pada fasa ini intensiti latihan adalah tinggi.

Frekuensi latihan adalah ulangan latihan yang dilakukan dalam jangka waktu 1 minggu. Intensiti yang ideal iaitu 3 kali seminggu sebagai frekuensi optimal. Frekuensi latihan mempunyai hubungan dengan intensiti dan lamanya bagi setiap latihan. Semakin tinggi intensiti latihan dan semakin lama kekerapan latihan maka frekuensi perminggu semakin sedikit.

Lama latihan mempunyai hubungan terbalik dengan intensiti. Bila intensiti makin tinggi maka tempoh  latihan lebih singkat dan sebaliknya. Untuk mendapatkan kesan yang baik dari suatu latihan, tanpa risiko bahaya. Tempoh latihan 15-25 minit setiap hari.



Fasa III Latihan Kekuatan Otot dan Daya Tahan (Muscullar Strength and Endurance)

Kekuatan Otot (Muscullar Strength) menggambarkan konstraksi maksimal yang dihasilkan oleh otot atau sekelompok otot.

Daya Tahan (Endurance) menyatakan keadaan yang menekankan pada kapasiti melakukan kerja secara terus menerus dalam suasana aerobik.













Fasa IV Kelenturan (Fleksibility)

Kelenturan menyatakan kemungkinan gerak maksima yang dapat dilakukan oleh suatu persendian. Yang meliputi hubungan antara persendian (tulang yang membentuk sendi), otot, tendo, dan ligament.



Fasa V Penenangan (Cooling Down)

Usaha menurunkan kondisi tubuh dari kerja dengan intensitI yang tinggi secara bertahap dan teratur koordinasi kembali ke keadaan seperti semula. Waktu yang dicadangkan adalah antara 5-10 minit sesuai dengan keupayaan masing-masing bagi setiap individu. Tujuan Cooling Down adalah :

a. Menurunkan kerja jantung/denyut nadi.

b. Mencegah terhentinya aliran darah secara mendadak.

c. Mencegah pembaziran penggunaan tenaga.
Cooling down yang baik adalah dengan tetap melakukan kegiatan fizikal dengan intensiti yang paling rendah, di iringi musik yang lembut iaitu musik dengan nisbah  ¾ atau 4/4 perlahan